Thursday, August 13, 2009




sehingga kini 51 kes kematian dicatatkan mari lah kita sama2berusaha mengubatinya menerusi kaedah AlQuran pula... method ini dipetik dari salah satu blog rakan kita ..(http://kongsibersama07.blogspot.com/) sama2 kita renungkan..

Dalam entri yg lepas, ada dinyatakan bacaan doa-doa yg boleh kita amalkan sebagai pelindung dalam usaha menghindari sesuatu wabak atau penyakit berjangkit. Tetapi kalau memang sudah ditaqdirkan terkena jangkitannya, maka bagaimana pula cara untuk kita pulihkannya?

Selain daripada mendapatkan rawatan dari Klinik Kesihatan, kita juga boleh berusaha menyembuhkan pesakit tersebut mengikut kaedah rawatan perubatan Islam sebagai jalan alternatif. Tidak memerlukan wang ringgit, hanya bacaan doa dari ayat-ayat suci Al-Qur’an dan beberapa bahan sahaja yg diperlukan dalam kaedah ini. Boleh diamalkan bagi tujuan menghindari diri dari penyakit berjangkit secara khususnya, dan boleh juga diamalkan untuk merawatnya.

Apakah bacaan-bacaan doa tersebut?? Setelah berusaha mencari laman-laman web perubatan Islam bagi tujuan ini, Alhamdulillah akhirnya diketemukan jawapan yg inshaAllah boleh dimanfaatkan serta diamalkan bersama… Jawapan ini diperoleh dari blog Terapi Islam Al-Fatah.. Kredit buat tuan punya blog, shukran jaziilan…


****************************************************************

# Bagi tujuan menghindariwabak ini, bolehlah diamalkan bacaan Yaasin: 58




“(Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.” (Yaasin: 58)




1) Selepas selesai mengerjakan solat Fardhu, amalkan membaca ayat di atas (Yaasin: 58) sebanyak 7, 9, 12 atau 27x dalam satu nafas. InshaALLAH terhindar dari segala unsur-unsur negatif.

2) Sebelum keluar rumah, amalkan membaca ayat tersebut (Yaasin: 58) sebanyak 7x dalam satu nafas, inshaALLAH terhindar dari segala penyakit berjangkit, sihir atau gangguan makhluk halus dan santau terutamanya.

3) Dalam sehari, jadikan mandian untuk menghindar dari penyakit berjangkit dan segala penyakit dengan izin ALLAH – Amalkan bacaan ayat tersebut (Yaasin: 58) sebanyak 77x, ditiupkan pada air di dalam baldi.


****************************************************************

# Bagi yg terkena, boleh diikhtiarkan untukmenyembuhkan pesakit denganmenyediakan air satu baldi beserta dengan:

- Garam bukit 3-7 sudu (bergantung kepada tahap kekronikan sakit)

- Daun pokok Ketapang 7 helai

- Daun pokok Ara 7 helai

- Kulit pokok Rambai 7 keping (ditumbuk halus)

- Daun Bidara (jika kes gangguan)


Campurkan kesemua bahan- bahan ini dalam satu baldi dengan tuangan satu persatu lalu dibacakan dengan:


a) Al-Fatihah 7x dengan ulangan ayat ke-4 sebanyak 7x setiap satu.




“Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).” (Al-Fatihah: 4)




b) Ayat Kursi 7x dengan ulangan ayat yg digariskan sebanyak 9x setiap satu.




“Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang tetap hidup, Yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi, tiada sesiapa Yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya. Yang mengetahui apa Yang ada di hadapan mereka dan apa Yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa Yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. dan Dia lah Yang Maha tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha besar (kekuasaanNya).” (Al-Baqarah: 255)



c) Ayat ke-58 surah Yaasin sebanyak 63x.


d) 5 Qul ( Al-Jin: 1-5, Al-Kafirun, Al-Ikhlas, Al- Falaq, dan An-Nas). Surah All-Ikhlas seelok-eloknya dibaca sebanyak dalam bilangan yang berikut samada 1, 3, 5, 7, 9 atau 12x.


Maka, setelah selesai, dimandikan pesakit tadi. Adalah lebih bagus jika yang sihat mengamalkannya sekali sebulan sekurang-kurangnya kerana mengelak lebih baik dari mengubati.


****************************************************************

Ramai juga yang tertanya-tanya, bahan-bahan di atas agak sukar untuk diperolehi jika tinggal di kawasan bandar.

Boleh saja digantikan dengan limau nipis sebanyak 7 biji dan garam bukit, jika bahan ini juga sukar diperolehi di bandar, saya dapat rasakan, pasti ada yang pelik, bandar mana yang individu tersebut tinggal?

Tidak perlu dipeningkan kepala dengan kaedah atau bahan-bahan. Yang paling penting dan utama adalah penyerahan dan pengabdian diri kepada ALLAH semata-mata. Bahan dan kaedah hanya sandaran tetapi pergantungan tetap kepada ALLAH semata-mata, tiada duanya. Ada jalan masuk, pasti ada jalan keluar, InsyaALLAH. ALLAHu Robbi.


****************************************************************


Inilah serba sedikit maklumat yg diperoleh dari blog berkenaan, yg boleh kita amalkan dalam menghadapi masalah penyakit berjangkit, khususnya H1N1 yg kini semakin luas tersebar. Kita sebagai hamba-Nya hendaklah sentiasa bergantung harap memohon kepada-Nya agar diri terhindar dari segala penyakit berjangkit yg mengakibatkan maut. Dan jika kita ditimpa penyakit sebegini, maka janganlah terlalu mudah berputus asa. Sebaliknya hendaklah kita bermohon juga kepada-Nya, agar disembuhkan. Berikhtiarlah semaksimum mungkin, banyakkan berdoa, dan setelah itu bertawakkallah kepada Allah SWT. Semoga usaha yg sedikit beserta dengan niat ikhlas ingin membantu ini mendapat manfaat dari Allah SWT… Aamiiin…

Tuesday, July 14, 2009

Selamat Datang


Selamat Datang di ucapkan kepada semua pelajar-pelajar semester pertama KPM Bandar Melaka.


Salam Ukhuwah dari kami Jawatankuasa Minggu Orientasi (SOC). diharapkan pertemuan kita dirahmati oleh Tuan Punya Dunia yang sentiasa memerhati gerak laku kita pada setiap saat. pertemuan kali ini diaanggap paling bermakna dan dikira bersejarah seiring denga tema Negeri Melaka bandaraya bersejarah. Ini kerana kalian merupakan pelajar pengambilan pertama selepas Kolej Profesional MARA Bandar Melaka diperkenalkan. Untuk Pengetahuan umum, tapak bagunan KPMBM sekarang merupakan tapak KPMM yang terdahulu yang kini telah berpindah di Kampus tetapnya di Ayer Molek, Melaka.


Semoga KPMBM menjadi platfom untuk kalian memperoleh kejayaan di dunia dan juga di Akhirat kelak.


sekian dari kami...

Saturday, June 6, 2009


Sesiapa yang Allah menghendaki kebaikan untuknya, maka akan direzqikannya dengan sahabat yang soleh, ketika dia lupa dia akan mengingatkannya, ketika dia beramal, dia akan membantunya
(Maksud Hadis)

Berbicara tentang sahabat, terdapat banyak hadis-hadis yang menunjukkan keutamaan dan kepentingan sahabat dalam kehidupan seorang muslim. Sahabat itu adalah ibarat cermin pada diri kita, siapa kita akan dapat digambarkan dengan melihat dengan siapa kita bersahabat.

Sahabat yang baik itu bukanlah sahabat yang sentiasa bergelak ketawa dengan kita, ataupun sahabat yang menangis bersama, bukan juga sahabat yang sudi menemankan kita makan atau melancong tidak kira masa, akan tetapi sahabat yang baik itu adalah sahabat sentiasa mengingatkan kita dalam rangka iman dan ukhuwwah kepada Allah.

Ketika mana kita lupa untuk beramal kepada Allah, lalai dalam kehidupan, larut dengan dunia, maka sahabat yang baik ini akan mengingatkan kita agar kembali ke jalan yang lurus, begitu juga dalam beramal kebaikan, sahabat yang baik ini akan membantu dengan sepenuh hati, malahan akan menguatkan kita dengan bantuannya. Itulah hakikat sebenar sahabat yang baik.

Lihatlah kiri dan kanan kita, adakah terdapat di sekeliling kita sahabat yang baik, kawan mungkin ramai, kenalan juga mungkin lebih ramai, akan tetapi sahabat ini perlu dicari, bak kata Saidina Umar, hendaklah kamu mencari sahabat – sahabat yang baik dan hidup dalam lingkungannya.

Marilah kita berpesan-pesan dengan kebaikan dan bersama kearah kehidupan yang lebih baik di dunia dan akhirat.

Mohd Hisham Mohd Sharif

disunting dari http://ismakedah.wordpress.com

Friday, May 1, 2009




Selamat berjuang!!kepada sesiapa yang sedang dalam minggu peperiksaan...smoga tenang menghadapinya.. semoga diberkati Allah... dan seterusnya memperoleh kejayaan.. terutamanya student kolej profesional MARA Melaka.

Sunday, April 19, 2009

SELAMAT DATANG!!

Selamat Datang----AHLAN WASAHLAN ! ! !
MPP KPM Melaka mengalu-alukan kedatangan para pimpinan pelajar dari Kolej Profesional MARA dan Kolej MARA Se-Malaysia ke KURSUS KEPIMPINAN di Negeri Kami..
segala pertanyaan Bolehlah di buat di sini melalui "comment posting"
Terima Kasih...

SELAMAT DATANG!!

Bakti Siswa telah Berlalu Dengan Jayanya..

TERIMA KASIH!!!
Terima Kasih diucapkan pihak kami ucapkan kepada Pegurusan Kolej Profesional MARA Melaka dan Juga Penaja2 yang terlibat, JK UMNO Kampung, JASA dan semua penduduk Kampung yang terlibat. yang bertungkus lumus dari awal program hinggalah keakhirnya, tidak dilupakan juga penyelaras MPP dan Penyelaras KO-Q Encik Azhar, "and the geng" dan juga semua jawatankuasa2 dari kalangan pelajar. Jasa kalian amatlah kami hargai. hanya ALLAH sahaja yg dapat membalasnya.
kepada semua peserta kami mengucapkan jutaan terima kasih atas penglibatan anda.

Friday, April 10, 2009

MARI KITA LIHAT ! ! !

INTRAKOL KITA?

""Alhamdulillah""


Jutaan Terima Kasih diucapkan kepada semua yang terlibat, terutamanya Pihak Pengurusan Kolej Profesional MARA Melaka, Sir Matias serta barisan pimpinan Kolej, Bahagian KO-Q, Encik Azhar, Encik Fadzli, Para golongan pensyarah yang terlibat, Rakan Seperjuangan di Majlis Perwakilan Pelajar, dari Exco Sukan dan Rekreasi khasnya serta AJKnya yang telah bertungkus lumus selama beberapa minggu sehinggalah program ini berjaya. tidak dilupakan juga kepada semua Pelajar Kolej Profesional MARA Melaka yang begitu sporting. Tanpa anda siapalah kami.
demikianlah usaha yang mampu kami sajikan kepada kalian dan saya bagi pihak Majlis Perwakilan Pelajar memohon jutaan kemaafan atas segala kesulitan.
kita jumpa pula di program akan datang,
" Khidmat Masyarakat, Kg Sg Jernih Lubok Cina"
pada !7hb-19HB April.
Sekian...


Saturday, March 28, 2009

Sekalung Penghargaan dan Tahniah!!!















ALHAMDULILLAH
Rasa syukur yang tidak terhingga kepada Tuhan Pencipta Alam, dengan rahmatnya program Mini Untukmu Gaza berlangsung dengan jayanya.
selawat dan salam keatas Rasul Junjungan yang telah memimpin umat ke jalan kebenaran sehingga kini.
Bagi pihak MPP kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan Kolej, Dr. Mohd Amin TPHEP, guru-guru Kokurikulum, Ketua wanden, Ustaz Jafni, warden-warden, pihak Aman Palestin Berhad, JMZ alam maya dan rakan-rakan seperjuangan yang terlibat secara langsung mahupun tidak terutamanya kepada semua presiden-presiden kelab yang telah memberi kerjasama yang mantap dari mula hingga akhirnya.
Kepada pelajar-pelajar kolej yang terlibat, jutaan terima kasih juga kerana telah memberi sokongan melibatkan diri anda dalam program ini.

Sunday, March 15, 2009

Jadual Sepanjang Hari Warga 09

Aktiviti Sepanjang Hari Warga '09


Rabu
11 Mac. 2009
5.00-7.00 Ptg
Badminton (Single)
(Pelajar/Staf)
- Dewan Badminton Sri Pandan

Khamis
12 Mac. 2009
5.00-7.00 Ptg
Badminton (Beregu)
(Pelajar/Staf)
- Dewan Badminton Sri Pandan


Isnin
16 Mac. 2009
5.00-7.00 Ptg
Ping Pong (Single) - Dewan KPMM
Pelajar/Staf)
Futsal (Lelaki) - Pusat Sukan Cheng


Rabu
18 Mac. 2009
5.00-7.00 Ptg
Ping Pong (Beregu) - Dewan KPMM
(Pelajar/Staf)
Futsal (Perempuan) - Pusat Sukan Cheng


Isnin
23 Mac. 2009
5.00-7.00 Ptg
Bola Tampar (L) - SMK Tun Tuah


Rabu
25 Mac. 2009
5.00-7.00 Ptg
Bola Tampar (P) - SMK Tun Tuah


Jumaat
3 April. 2009
5.00-7.00 Ptg
Sepak Takraw
Bola Jaring - KPM Tiang Dua


Sabtu
4 April. 2009
9.00-1.00 Ptg
Sepak Takraw
Bola Jaring - KPM Tiang Dua


Sabtu
11 April 2009
9.00 Pagi - Senamrobik
10.30 Pagi - Sukaneka
11.30 Pagi - Petanque (Staf)

- Tarik Tali ( Lelaki & Perempuan )
1.00 Ptg - Penyampaian Hadiah & Majlis Penutup

( Semua di KPM Tiang Dua )

Thursday, March 12, 2009

Lambaian Danau, Jasin
















mari kita lihat mereka suka!!

"jangan jeles...!!" itulah kata2 para peserta yang mengikuti program yang dianjurkan oleh pihakPenasihat MPP dan Kokurikulum Kolej. Namun jelas terukir rasa girang di muka setiap peserta mari kita sama intai mereka disana.. ayuh!








Nasihat Dari: Abg. Joe - Bijak Study


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!
Ada seorang parent mengadu kepada Abg. Joe tentang sifat anaknya yang pemalas. Malas belajar, malas buat kerja sekolah, malas buat ulangkaji, bahkan nak solat pun malas. Sifat malas memang penyakit yang sangat kronik dan sukar diubati. Kalau adik-adik ada sifat ini, bermakna adik-adik mempunyai satu masalah yang serius. Tapi jangan risau kerana sifat malas ini boleh diatasi. Cuba lihat tips-tips yang Abg. Joe kongsikan di bawah ini:
-Amalkan doa mengelak diri dari malas
-Ingat sasaran dan matlamat diri anda
-Teknik 10 Minit Aje
-Banyak membaca bahan motivasi
-Susun dan mudahkan jadual anda
-Rehat dan tidur yang cukup
-Bersenam dan beriadah
-Berkawan dengan orang yang positif
-Amalkan teknik pernafasan
-Suarakan moto anda
-Ada satu doa dalam Al Ma’thurat yang bertujuan untuk menghindarkan diri kita dari sifat lemah dan malas.
Abg. Joe cuba search doa tersebut dalam Google tapi setakat ini belum terjumpa lagi. Kalau adik-adik ada terjumpa, kongsi-kongsikanlah di sini.
Sebenarnya adik-adik, apabila kita berdoa kepada Allah (S.W.T), itu menunjukkan bahawa kita memang bersungguh-sungguh untuk berubah. Doa dan kesungguhan itulah yang akhirnya akan menggerakkan seluruh tubuh badan kita untuk berubah menjadi rajin.
Contohnya jika adik-adik rasa malas ke Kelas di waktu pagi, adik-adik akan terfikir bahawa selepas solat subuh tadi adik-adik baru sahaja berdoa supaya terhindar dari sifat malas. Jadi secara automatik, adik-adik akan membuang segala perasaan malas adik-adik.
dipetik dari blog

Wednesday, March 11, 2009

INTRAKOL

TARIKH : 12- 03- 09 KHAMIS

TEMPAT : DEWAN SRI PANDAN, LORONG PANDAN

ACARA : PERLAWANAN AKHIR BAGI BADMINTON SINGLE

PERLAWANAN BADMINTON BEREGU

"SEMOGA MAJU JAYA"

-PLAY FOR YOUR PRIDE-

alhamdlulillah

KEPUTUSAN PERTANDINGAN DI NADWAH ISLAMIAH-KM SEREMBAN 2009/1430

NASYID TEMPAT KE-3

HAFAZAN PEREMPUAN TEMPAT KE-2

Tuesday, February 24, 2009

Cuti Semakin Hampir!

Kepada semua pelajar yang akan pulang ke rumah masing beberapa hari sahaja lagi, kami mengucapkan selamat jalan dan semoga kalian selamat sampai ke destinasi yang bakal dituju dan selamatlah juga tiba di kolej semula pada tarikh yang anda sudah maklum. tidak kiralah mana destinasi anda sekalipunm, sampaikan salam kami yang mewakili MPP dan juga pihak kolej kepada keluarga anda.

Selamat Bercuti!

Saturday, February 21, 2009


For more widgets please visit www.yourminis.com

JUTAAN TERIMA KASIH


ALHAMDULILLAH!!!

MERAKAMKAN RASA SYUKUR KEPADA TUHAN PENCIPTA ALAM YANG CUKUP SEMPURNA BAGI HAMBANYA. BERSYUKUR JUGA KEPADA-NYA KERANA TELAH MEMBERI RUANG DAN KESEMPATAN KEPADA PELAJAR KOLEJ PROFESIONAL MARA HARI INI UNTUK MENJALANKAN AKTIVITI EXPLORACE YANG PASTINYA MENINGGALKAN SERIBU KENANGAN DAN PENGALAMAN YANG TIDAK TERBELI.

JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG TELAH TERLIBAT SECARA LANGSUNG MAHUPUN TIDAK. DARI JAWATAN KUASA KAMPUNG SEHINGGALAH JAWATAN KUASA AKTIVITI INI YANG TIDAK PUTUS-PUTUS BERTUNGKUS LUMUS MENJAYAKAN AKTIVITI INI SEHINGGALAH TAMAT. TIDAK DILUPAKAN KEPADA ORANG-ORANG KAMPUNG YANG BEGITU RAMAH MERAIKAN KEDATANGAN KAMI. KEPADA PIHAK KOLEJ, SOKONGAN DAN DORONGAN YANG DIBERIKAN AMATLAH KAMI HARGAI DAN KAMI MENGHARAPKAN SOKONGAN DAN DORONGAN INI BERKEKALAN.

Friday, February 20, 2009

Wednesday, February 18, 2009

Kepada Pelajar Lelaki!!

Mohon kerjasama daripada pelajar lelaki,
diharap anda tidak menghisap rokok didalam tandas pelajar lelaki. Kerjasama anda amatlah diharapkan agar dapat sama-sama menjaga kebersihan tandas kolej dari dicemari oleh puntung-puntung rokok yang bertaburan di lantai.

Sekian, harap maklum.

pemberitahuan

Perhatian!!!

Kepada semua pelajar, anda dinasihatkan agar tidak membeli tiket pulang ke kampung terlebih dahulu kerana segala kerugian tidak akan ditanggung oleh pihak kolej. Tarikh rasmi perpindahan ke Kampus KPMAM masih tidak diputuskan lagi oleh Tuan pengarah.
sekian harap maklum.

Arahan : Admin KPMM.

Tuesday, February 17, 2009

Aktiviti Terdekat

Pada: Sabtu
Tarikh: 21HB Februari 2009
Aktiviti: Explorace De Kampung Morten.
Anjuran: Exco Kebudayaan dan Kesenian,
Majlis Perwakilan Pelajar KPMM

makluman!

harap maaf!
blog ini masih dalam pembikinan.
kedatangan anda dialu-alukan.
segala kesulitan amatlah dikesali.


pena_admin

Monday, February 16, 2009

4 PERKARA TERSIRAT


4 alamat orang cerdik:

1. Berani menempuh bahaya

2. Pandai bermanis muka dengan musuh

3. Pandai melihat kesempatan

4. Dapat menimbang pertimbangan orang lain
4 alamat orang beriman:

1. Meninggalkan maki

2. Menjauhi menyakiti hati orang

3. Lekas memberi ampun

4. Lama baru menjatuhkan hukuman
4 tanda orang berakal:

1. Cinta pada ilmu

2. Tidak berubah muka menerima umpat dan puji

3. Bagus jawabnya

4. Banyak benarnya
4 alamat orang rendah iman:

1. Membuka rahsia

2. Pendendam

3. Penggunjing

4. Memburukkan kawan
4 soal yang membawa keuntungan hidup:

1. Benar perbicaraannya

2. Malu melakukan pekerjaan yang tidak bermoral

3. Baik budinya

4. Suka berterima kasih
4 mesti dijaga:

1. Teguh menjaga kehormatan

2. Redha menerima yg sedikit

3. Berbuat kebaikan setiap hari

4. Memelihara lidah


"REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN"
* WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN,

* WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK,

* WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT,

* WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN,

* WAKTU HIDUP SEBELUM MATI"